Wednesday, July 7, 2010

Lawatan ke Projek AYNE-PPK Muar Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Saya dan rakan, Mohd Fadzil telah mengadakan lawatan ke ladang cendawan usahasama antara AYNaning Biotech Farm dgn PPK Muar Selatan. Perjalanan dari UTeM ke PPK Muar Selatan tidak laa berapa jauh. Hanya sejam perjalanan dari sana.

Saya tiba di ladang AYNE-PPK dalam pukul 2.30 petang. Kedatangan kami telah disambut oleh saudara Faisol. Huhu... peramah orangnya.

Semasa saya tiba, dapat dilihat penambahan 3 buah bangsal baru. Tapi semuanya hampir siap. Tujuan saya ke ladang cendawan ini adalah untuk memahami tentang masalah penyakit yang beliau telah hadapi dan bagaimana cara penyelesaiannya.

Menurut beliau, sepanjang beliau dalam perusahaan ini, masalah hama merupakan masalah utama. Di PPK, beliau menggunakan cuka kayu untuk mengelak masalah itu daripada menyerang bongkah. Alhamdulillah, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan tips yang amat berguna kepada saya.

Dalam sibuk-sibuk kami berbual, saya sempat melawat bangsal baru yg telah siap. Memang sistematik bangsal yg dibina. Masuk di dalam bangsal, sejuk jer... huhuhu!! Sebab sistem pengudaraan yg baik..

Disini sini merupakan beberapa gambar semasa lawatan di sana :


Bergambar di hadapan bangsal baru...


Di dalam bangsal ( Lantai Pasir??? )


AYNE-PPK EXPANSION


7000 bongkah rosak!! Masalahnya??


Terima kasih di atas segala kerjasama dari beliau.

Sekian...


No comments:

Post a Comment