Thursday, July 15, 2010

Bangsal Pertama

Salam Sejahtera

Alhamdulillah, pembinaan bangsal pertama hampir siap. Walau pun tidak seberapa kekemasannya, asalkan ia memenuhi criteria dalam penanaman cendawan, sudah memadai....

Untuk permulaan pilot projek ini, saya akan mulakan dengan membeli bongkah berbenih dari pengusaha cendawan di sekitar pantai timur. Saya fikirkan ini lebih baik untuk permulaan kepada pengusaha baru seperti saya.

Dengan cara ini, saya hanya perlu sediakan rak-rak cendawan dan penuhkan rak-rak di dalamnya dengan bongkah berbenih. Ada baiknya saya berbuat begitu agar saya akan lebih memahami dan belajar cara buka tutup bungkah. Jika berlaku masalah kepada bungkah, saya tidak la mengalami kerugian yang agak besar. Ini kerana, cendawan amat sensitif kepada persekitaran dan penyakit.

Selain itu juga, dengan membeli bongkah berbenih, saya tidak perlu menyediakan peralatan dan fasiliti seperti tempat operasi dan penyimpanan bahan mentah, alatan pengukusan dan sebagainya.

InsyaALLAH, saya akan akan membuah bungkah sendiri suatu masa lagi. Itu sasaran saya yang seterusnya. Kena banyak belajar lagi dari pengusaha-pengusaha cendawan yang telah berjaya.



( kayu terpakai utk membuat rak )


(Bangsal Pertama)


(Saiz 15' x 35')

Sekian dari saya untuk setakat ini...

No comments:

Post a Comment