Sunday, May 30, 2010

Kursus Penyediaan Kultur Dan Benih Cendawan

Salam mesra daripada Saffast Agro Farm...

Bertempat di Institut Sains & Biologi Universiti Malaya, saya telah menyertai Kursus Penyediaan Kultur & Benih Cendawan Siri 4/2009 pada 14-17 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini rujuk (kursus tisu kultur cendawan siri 4 ).

Dalam kursus ini tersebut, seramai 12 orang peserta telah menyertainya. Paling mengejutkan saya adalah, kursus tersebut telah dihadiri oleh Mr. Song Wan Hong dr C&C . Sape yg tidak kenal sebuah syarikat besar spt C&C ni yang telah lama dalam industri cendawan ni. Dalam kursus tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa faktor terpenting dalam penanaman cendawan. Selain membicarakan tentang kaedah penyediaan tisu kultur secara teori dan praktikal, saya lebih tertarik kepada pertanyaan daripada para peserta mengenai masalah dan penyakit yg dikongsikan antara para peserta yg hadir di kursus tersebut.

Tidak mudah sebenarnya kepada pengusaha baru seperti saya ni. Tapi bagi saya,sebelum memulakan sesuatu perkara, baik kita selidiki dahulu. Penyelidikan mengenai selok belok tentang cendawan yang selama ini saya lakukan diharapkan insyaALLAH akan dapat membantu untuk mengelakkan masalah-masalah besar daripada berlaku. Ibarat kata pepatah ' beringat sebelum kena ' . Sesuai ker pepatah tuu.. huhuhu :)


Di sini saya tunjukkan gambar di sekitar kursus tersebut diadakan.


Bergambar bersama Penyelidik Cendawan di Uni. Malaya


Taklimat di Nas Agro Farm oleh En. Nabil Sanusi

Para Peserta Kursus :
  1. Mohd Faiz ( Pahang )
  2. Tan Chooi See ( Johor )
  3. Mr. Song Wan Hong ( Johor )
  4. Puan Alijah ( Johor )
  5. En. Nik Amri ( Johor )
  6. En. Mokhtar ( Johor )
  7. BilYemban Sindeh ( Sabah )
  8. En. Fedrick Junius( Sabah )
  9. Rius Lajuni ( Sabah)
  10. En. Ahmad Nur Sufi ( Selangor )
  11. En. Mustafa ( Kelantan)
  12. En. Mohd Khadzi ( Kelantan )

Terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya terutama Prof. Madya Dr. Noorlidah Abdullah & Prof. Dr. Vikineswary S. dengan kerjasama Genting Permai Resources kerana menganjurkan kursus ini.





No comments:

Post a Comment