Saturday, December 4, 2010

Bongkah Percubaan...

Salam Sejahtera..

Lama sudah saya tidak update blog ni. Sejak berakhirnya konvokesyen, saya terus menyepi dari update blog ni. Untuk pengetahuan semua, saya sekarang bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat automasi di Damansara, Selangor. Jadi, projek cendawan saya diuruskan sepenuhnya oleh kedua ibubapa saya.



Sebelum hari raya Aidiladha, saya telah membeli 230 bongkah matang dari Cendawan Tiram Puchong. Tujuan saya membeli dari saudara Zul untuk mengkaji ttg kesesuaian bongkah yang menggunakan teknologi EM di persekitaran tempat saya. Masih di peringkat percubaan, hasil pertama telah keluar.

Melalui penelitian saya, cendawan yg terhasil adalah baik dan memuaskan. Saya juga ingin mengetahui dari segi kadar penyakit setelah beberapa kali tuaian.


( plastik PP bocor, inilah jadinya :) )

Hasil tuaian pertama, telah dihantar ke sebuah kedai berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, habis dibeli oleh pembeli sekitarnya. Selebihnya, cendawan dijual di Pekan Sehari Temerloh. Alhamdulillah, habis dijual walaupun hasilnya tidak banyak.


Harapan agar projek cendawan saya akan berjalan dengan sebaiknya. Masih banyak lagi perkara yg masih saya kurang faham. Walau bagaimanapun, sokongan kuat dari kedua ibubapa dan rakan-rakan cendawan@Cyber/Facebook banyak membantu saya memahami selok belok tentang cendawan.

Tunggu post yang berikutnya...

Sekian...