Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, dapat juga saya menyiapkan rak-rak cendawan bersama-sama ayah. Ingatkan senang wat rak cendawan nie. Penat jugak... huhu :)
Untuk permulaan pilot projek cendawan ini, seperti saya katakan dalam post sebelumnya, saya akan membeli bongkah dari pengusaha cendawan dari pantai timur dahulu. Ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami selok belok dalam penanaman cendawan. Bagaimana cara buka-tutup bongkah.
Selain itu, saya perlu mengkaji keadaan persekitaran bangsal. Sesuai atau tidak untuk menanam cendawan di situ. Kalau ade penyakit yang menyerang, senang untuk saya mengenalpasti dan mencari kaedah untuk merawatnya. Tidak laa besar kerugian yg akan ditanggung klu pilot projek ini tidak menjadi.
' Mencegah lebih baik dari mengubati ' . Selepas ini, saya akan membuat tempahan bongkah berbenih.
( rak-rak pilot projek )
( rak-rak pilot projek )
( sibuk buat rak, datang pulak ular lidi nie )
Sekian...