Saturday, December 4, 2010

Bongkah Percubaan...

Salam Sejahtera..

Lama sudah saya tidak update blog ni. Sejak berakhirnya konvokesyen, saya terus menyepi dari update blog ni. Untuk pengetahuan semua, saya sekarang bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat automasi di Damansara, Selangor. Jadi, projek cendawan saya diuruskan sepenuhnya oleh kedua ibubapa saya.



Sebelum hari raya Aidiladha, saya telah membeli 230 bongkah matang dari Cendawan Tiram Puchong. Tujuan saya membeli dari saudara Zul untuk mengkaji ttg kesesuaian bongkah yang menggunakan teknologi EM di persekitaran tempat saya. Masih di peringkat percubaan, hasil pertama telah keluar.

Melalui penelitian saya, cendawan yg terhasil adalah baik dan memuaskan. Saya juga ingin mengetahui dari segi kadar penyakit setelah beberapa kali tuaian.


( plastik PP bocor, inilah jadinya :) )

Hasil tuaian pertama, telah dihantar ke sebuah kedai berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, habis dibeli oleh pembeli sekitarnya. Selebihnya, cendawan dijual di Pekan Sehari Temerloh. Alhamdulillah, habis dijual walaupun hasilnya tidak banyak.


Harapan agar projek cendawan saya akan berjalan dengan sebaiknya. Masih banyak lagi perkara yg masih saya kurang faham. Walau bagaimanapun, sokongan kuat dari kedua ibubapa dan rakan-rakan cendawan@Cyber/Facebook banyak membantu saya memahami selok belok tentang cendawan.

Tunggu post yang berikutnya...

Sekian...


Sunday, August 29, 2010

UTeM Konvokesyen ke-10

Assalamualaikum...

Agak lama juga saya x update blog nie.. Untuk post kali ini tiada kena mengena dengan cendawan. Hanya untuk berkongsi sedikit kegembiraan :).

Akhirnya berjaya juga saya mendapat segulung ijazah. Alhamdulillah... Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), majlis konvokesyen tersebut diadakan pada 7-8 Ogos 2010.

Saya kongsikan bersama-sama di sekitar majlis konvokesyen tersebut.

( Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik)

(Perarakan Masuk Ke Dewan Konvokesyen)

Sekian....


Saturday, July 31, 2010

Pembinaan Rak Cendawan

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dapat juga saya menyiapkan rak-rak cendawan bersama-sama ayah. Ingatkan senang wat rak cendawan nie. Penat jugak... huhu :)

Untuk permulaan pilot projek cendawan ini, seperti saya katakan dalam post sebelumnya, saya akan membeli bongkah dari pengusaha cendawan dari pantai timur dahulu. Ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami selok belok dalam penanaman cendawan. Bagaimana cara buka-tutup bongkah.

Selain itu, saya perlu mengkaji keadaan persekitaran bangsal. Sesuai atau tidak untuk menanam cendawan di situ. Kalau ade penyakit yang menyerang, senang untuk saya mengenalpasti dan mencari kaedah untuk merawatnya. Tidak laa besar kerugian yg akan ditanggung klu pilot projek ini tidak menjadi.

' Mencegah lebih baik dari mengubati ' . Selepas ini, saya akan membuat tempahan bongkah berbenih.


( rak-rak pilot projek )


( rak-rak pilot projek )


( sibuk buat rak, datang pulak ular lidi nie )

Sekian...


Thursday, July 15, 2010

Bangsal Pertama

Salam Sejahtera

Alhamdulillah, pembinaan bangsal pertama hampir siap. Walau pun tidak seberapa kekemasannya, asalkan ia memenuhi criteria dalam penanaman cendawan, sudah memadai....

Untuk permulaan pilot projek ini, saya akan mulakan dengan membeli bongkah berbenih dari pengusaha cendawan di sekitar pantai timur. Saya fikirkan ini lebih baik untuk permulaan kepada pengusaha baru seperti saya.

Dengan cara ini, saya hanya perlu sediakan rak-rak cendawan dan penuhkan rak-rak di dalamnya dengan bongkah berbenih. Ada baiknya saya berbuat begitu agar saya akan lebih memahami dan belajar cara buka tutup bungkah. Jika berlaku masalah kepada bungkah, saya tidak la mengalami kerugian yang agak besar. Ini kerana, cendawan amat sensitif kepada persekitaran dan penyakit.

Selain itu juga, dengan membeli bongkah berbenih, saya tidak perlu menyediakan peralatan dan fasiliti seperti tempat operasi dan penyimpanan bahan mentah, alatan pengukusan dan sebagainya.

InsyaALLAH, saya akan akan membuah bungkah sendiri suatu masa lagi. Itu sasaran saya yang seterusnya. Kena banyak belajar lagi dari pengusaha-pengusaha cendawan yang telah berjaya.



( kayu terpakai utk membuat rak )


(Bangsal Pertama)


(Saiz 15' x 35')

Sekian dari saya untuk setakat ini...

Wednesday, July 7, 2010

Lawatan ke Projek AYNE-PPK Muar Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Saya dan rakan, Mohd Fadzil telah mengadakan lawatan ke ladang cendawan usahasama antara AYNaning Biotech Farm dgn PPK Muar Selatan. Perjalanan dari UTeM ke PPK Muar Selatan tidak laa berapa jauh. Hanya sejam perjalanan dari sana.

Saya tiba di ladang AYNE-PPK dalam pukul 2.30 petang. Kedatangan kami telah disambut oleh saudara Faisol. Huhu... peramah orangnya.

Semasa saya tiba, dapat dilihat penambahan 3 buah bangsal baru. Tapi semuanya hampir siap. Tujuan saya ke ladang cendawan ini adalah untuk memahami tentang masalah penyakit yang beliau telah hadapi dan bagaimana cara penyelesaiannya.

Menurut beliau, sepanjang beliau dalam perusahaan ini, masalah hama merupakan masalah utama. Di PPK, beliau menggunakan cuka kayu untuk mengelak masalah itu daripada menyerang bongkah. Alhamdulillah, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan tips yang amat berguna kepada saya.

Dalam sibuk-sibuk kami berbual, saya sempat melawat bangsal baru yg telah siap. Memang sistematik bangsal yg dibina. Masuk di dalam bangsal, sejuk jer... huhuhu!! Sebab sistem pengudaraan yg baik..

Disini sini merupakan beberapa gambar semasa lawatan di sana :


Bergambar di hadapan bangsal baru...


Di dalam bangsal ( Lantai Pasir??? )


AYNE-PPK EXPANSION


7000 bongkah rosak!! Masalahnya??


Terima kasih di atas segala kerjasama dari beliau.

Sekian...


Sunday, June 6, 2010

Masalah Perosak & Penyakit Dlm Rumah Cendawan

Salam Mesra dr Saffast Agrofarm...

Dalam penanaman cendawan, kita mesti membuat beberapa kajian tentang kebaikan dan keburukan dalam industri ini. Di sini saya ingin kongsikan hasil dari pembacaan saya mengenai aspek perosak dan penyakit di dalam rumah cendawan. Antaranya ialah :

1) Kita hendaklah memastikan keadaan rumah cendawan betul-betul kalis bagi menghindari kemasukan perosak. Tetapi kaedah ini tidak begitu sempurna untuk mencegah jangkitan penyakit.

2) Apabila kelembapan sentiasa tinggi di dalam rumah cendawan, faktor ini amat sesuai untuk pembiakan penyakit dan perosak.

3) Penggunaan bahan kimia yg terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penanaman cendawan.

4) Penyakit dan perosak sentiasa wujud di dalam dan di luar rumah cendawan yg menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.

Faktor-faktor berikut merupakan antara sebab mengapa kerap timbul masalah perosak dan penyakit di rumah cendawan. Oleh itu, kita sebagai pengusaha seharusnya memastikan AMALAN KEBERSIHAN BAIK agar dapat menghasilkan cendawan yg baik dan berkualiti.


Sekian utk perkongsian.

Sunday, May 30, 2010

Kursus Penyediaan Kultur Dan Benih Cendawan

Salam mesra daripada Saffast Agro Farm...

Bertempat di Institut Sains & Biologi Universiti Malaya, saya telah menyertai Kursus Penyediaan Kultur & Benih Cendawan Siri 4/2009 pada 14-17 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini rujuk (kursus tisu kultur cendawan siri 4 ).

Dalam kursus ini tersebut, seramai 12 orang peserta telah menyertainya. Paling mengejutkan saya adalah, kursus tersebut telah dihadiri oleh Mr. Song Wan Hong dr C&C . Sape yg tidak kenal sebuah syarikat besar spt C&C ni yang telah lama dalam industri cendawan ni. Dalam kursus tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa faktor terpenting dalam penanaman cendawan. Selain membicarakan tentang kaedah penyediaan tisu kultur secara teori dan praktikal, saya lebih tertarik kepada pertanyaan daripada para peserta mengenai masalah dan penyakit yg dikongsikan antara para peserta yg hadir di kursus tersebut.

Tidak mudah sebenarnya kepada pengusaha baru seperti saya ni. Tapi bagi saya,sebelum memulakan sesuatu perkara, baik kita selidiki dahulu. Penyelidikan mengenai selok belok tentang cendawan yang selama ini saya lakukan diharapkan insyaALLAH akan dapat membantu untuk mengelakkan masalah-masalah besar daripada berlaku. Ibarat kata pepatah ' beringat sebelum kena ' . Sesuai ker pepatah tuu.. huhuhu :)


Di sini saya tunjukkan gambar di sekitar kursus tersebut diadakan.


Bergambar bersama Penyelidik Cendawan di Uni. Malaya


Taklimat di Nas Agro Farm oleh En. Nabil Sanusi

Para Peserta Kursus :
  1. Mohd Faiz ( Pahang )
  2. Tan Chooi See ( Johor )
  3. Mr. Song Wan Hong ( Johor )
  4. Puan Alijah ( Johor )
  5. En. Nik Amri ( Johor )
  6. En. Mokhtar ( Johor )
  7. BilYemban Sindeh ( Sabah )
  8. En. Fedrick Junius( Sabah )
  9. Rius Lajuni ( Sabah)
  10. En. Ahmad Nur Sufi ( Selangor )
  11. En. Mustafa ( Kelantan)
  12. En. Mohd Khadzi ( Kelantan )

Terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya terutama Prof. Madya Dr. Noorlidah Abdullah & Prof. Dr. Vikineswary S. dengan kerjasama Genting Permai Resources kerana menganjurkan kursus ini.





Wednesday, May 26, 2010

Study n Study :)

Salam Alaik dan Salam Sejahtera....

Sejak ak belajar tk wat blog nie, seperti rase kurang jer klu x menulis sesuatu... Best jgak berblog nie sebenarnya selain duk mghadap facebook jer!! huhuhu....

Post sebelum ni, ak ade mengutarakan ttg ilmu mengenai masalah n penyakit dalam penanaman cendawan ni.. masih x cukup!! Melalui pembacaan dan penyelidikan ak hampir 7 bulan, banyak pengusaha baru gulung tikar kerana kurangnya pemahaman mengenai masalah dan penyakit berkaitan dgn penananam cendawan.. Mungkin ak jga akn mengalami situasi berikut sedikit masa lg...

Untuk itu, perkara utama yg mesti dilakukan adalah membaca n rajin bertanya...
Dalam dunia tanpa sempadan ni, sumer maklumat di hujung jari... cume kita kene luangkan masa memahami dan mendalami sesuatu perkara sebelum melakukannya... Banyak pengusaha cendawan mggunakan blog sebagai medium utk berkongsi maklumat ttg cendawan.. Banyak blog yg ak lawati, pengusaha mengalami kerugian apabila bongkah cendawan rosak diserang penyakit spt ( kulat oren, serangan hama dan laen-laen )... Untuk pengusaha baru spt ak, kena ambil perhatian sebab akan berlaku kepada ak nanti. Jadi, kumpulkan maklumat dan mengkaji ttg masalah yg dihadapi oleh pengusaha2 tersebut.Namun langkah yg terbaik adalah mencegah sebelum terjadi perkara tersebut...

Jadi, aspek kebersihan merupakan faktor utama yg perlu ditititikberatkan... Mencegah adalah lebih baik. Walaubagaimana pun, pengalaman merupakan aset terpenting. Jadi, kepada pengusaha2 baru seperti sy, rujuk laa kepada pengusaha2 yg telah lama dalam bidang ini... JGAN MALU BERTANYA... agar tidak rugi di kemudian hari...

Sekian utk hari nie!!

Sekadar Renungan :

“Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari”

Saturday, May 22, 2010

Perkembangan

Salam...

Semalam, saya berangkat pulang ke kg halaman.... Perjalanan dari Melaka ke Temerloh mengambil masa dalam 3 jam setengah.Huhu, penat memandu selama masih terasa lagi..

Petang tadi, saya melawat kembali tapak cadangan yg saya akan usahakan. Hampir separuh daripada kawasan tanah tersebut telah di bajak untuk tanaman pisang.. Sokey, wat permulaan, boleh laa digunakan sebahagian tanah tersebut dari terbiar...


Sebahagian lagi pulak, merupakan kawasan untuk pembinaan rumah cendawan...


Yang ni plak, tempat berehat untuk menghilangkan penat :P...



InsyaALLAH, semoga Allah memberkati usahaku ini...
Walau bagaimana pn, ak masih kena memahami tentang masalah dan penyakit dalam penanaman cendawan ni.. Ilmu tentang tuu, ak fikir tidak cukup lagi...

Sesiapa yg ingin membantu.. silakan k...

Sekian...

Monday, May 17, 2010

Habuk Kayu

Habuk kayu merupakan antara bahan yg terpenting dalam penanaman cendawan....
Pahang memang kaya ngan hasil balak.. so, x susah laa untuk mendapatkannya...

2 hari lepas, ayah menghubungi menyatakan dia telah mendapat bekalan habuk kayu dari kilang kayu berhampiran ngan kawasan tempat ak..
Alhamdullillah...

Tapi ak sedikit terkilan kerana x dapat membantu ayahku mengambil habuk kayu di kilang tersebut... banyak juga ayahku katakn... nasib baik ada adik lelaki ak yg membantu.. sementara menunggu kemasukan ke universiti, boleh laa die membantu projek ku ini.. terima kasih laa kerana adk ak nie sorang yg rajin n baik... huhuhu..

InsyaALLAH, minggu ni.. klu xde kekangan, ak akn blik ke kg halaman...
Nak membantu ape yg patut...

Sekian coretan untuk kali ni...


Thursday, May 13, 2010

Tapak Cadangan


Salam.....

Baru-baru nie... sy pulang ke kg halaman....
rindu tol... lame dah x balik kg...

Alhamdulillah... segala perancangan ku bermula dgn baik....
Sy x sempat nk membantu ayah... yerla.. pelajar tahun akhir...
byak sgt urusan yg perlu diselesaikan...

Balik kg, sy meninjau kawasan tapak cadangan yg telah ayah usahakan...
Alhamdulillah... dia amat memahami... kawasan tanah telah dipagar...
byak jgak kos nk memagar tanah tersebut..
tapi ayah kate '' angah, ayah yakin ngan angah.. usaha yg terbaik k ''

Terharu sy mendengar kata-kata ayah....
yerlaa... pelajar yg akan mempunyai ijazah kejuruteran...
tp nk menceburi bidang pertanian....

tp, ak yakin..... '' Pertanian Adalah Perniagaan ''.
yg penting usaha untuk berjaya...
bijak membuat perancangan... n menkaji kebaikan n keburukan sblum
memulakan sesuatu perkara.

ape mende ak tulis ni..
hehehee.... :P

kembali kepada tajuk asal.. ak nk tunjuk tapak cadangan yg telah dikenalpasti...






























































Sunday, May 9, 2010

Permulaan Langkah

Bismillah......

Untuk pertama kali ak ingin menulis ttg perancangan kehidupanku dalam bidang pertanian....
Semoga ak berjaya InsyaALLAH.