Sunday, May 30, 2010

Kursus Penyediaan Kultur Dan Benih Cendawan

Salam mesra daripada Saffast Agro Farm...

Bertempat di Institut Sains & Biologi Universiti Malaya, saya telah menyertai Kursus Penyediaan Kultur & Benih Cendawan Siri 4/2009 pada 14-17 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini rujuk (kursus tisu kultur cendawan siri 4 ).

Dalam kursus ini tersebut, seramai 12 orang peserta telah menyertainya. Paling mengejutkan saya adalah, kursus tersebut telah dihadiri oleh Mr. Song Wan Hong dr C&C . Sape yg tidak kenal sebuah syarikat besar spt C&C ni yang telah lama dalam industri cendawan ni. Dalam kursus tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa faktor terpenting dalam penanaman cendawan. Selain membicarakan tentang kaedah penyediaan tisu kultur secara teori dan praktikal, saya lebih tertarik kepada pertanyaan daripada para peserta mengenai masalah dan penyakit yg dikongsikan antara para peserta yg hadir di kursus tersebut.

Tidak mudah sebenarnya kepada pengusaha baru seperti saya ni. Tapi bagi saya,sebelum memulakan sesuatu perkara, baik kita selidiki dahulu. Penyelidikan mengenai selok belok tentang cendawan yang selama ini saya lakukan diharapkan insyaALLAH akan dapat membantu untuk mengelakkan masalah-masalah besar daripada berlaku. Ibarat kata pepatah ' beringat sebelum kena ' . Sesuai ker pepatah tuu.. huhuhu :)


Di sini saya tunjukkan gambar di sekitar kursus tersebut diadakan.


Bergambar bersama Penyelidik Cendawan di Uni. Malaya


Taklimat di Nas Agro Farm oleh En. Nabil Sanusi

Para Peserta Kursus :
  1. Mohd Faiz ( Pahang )
  2. Tan Chooi See ( Johor )
  3. Mr. Song Wan Hong ( Johor )
  4. Puan Alijah ( Johor )
  5. En. Nik Amri ( Johor )
  6. En. Mokhtar ( Johor )
  7. BilYemban Sindeh ( Sabah )
  8. En. Fedrick Junius( Sabah )
  9. Rius Lajuni ( Sabah)
  10. En. Ahmad Nur Sufi ( Selangor )
  11. En. Mustafa ( Kelantan)
  12. En. Mohd Khadzi ( Kelantan )

Terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya terutama Prof. Madya Dr. Noorlidah Abdullah & Prof. Dr. Vikineswary S. dengan kerjasama Genting Permai Resources kerana menganjurkan kursus ini.





Wednesday, May 26, 2010

Study n Study :)

Salam Alaik dan Salam Sejahtera....

Sejak ak belajar tk wat blog nie, seperti rase kurang jer klu x menulis sesuatu... Best jgak berblog nie sebenarnya selain duk mghadap facebook jer!! huhuhu....

Post sebelum ni, ak ade mengutarakan ttg ilmu mengenai masalah n penyakit dalam penanaman cendawan ni.. masih x cukup!! Melalui pembacaan dan penyelidikan ak hampir 7 bulan, banyak pengusaha baru gulung tikar kerana kurangnya pemahaman mengenai masalah dan penyakit berkaitan dgn penananam cendawan.. Mungkin ak jga akn mengalami situasi berikut sedikit masa lg...

Untuk itu, perkara utama yg mesti dilakukan adalah membaca n rajin bertanya...
Dalam dunia tanpa sempadan ni, sumer maklumat di hujung jari... cume kita kene luangkan masa memahami dan mendalami sesuatu perkara sebelum melakukannya... Banyak pengusaha cendawan mggunakan blog sebagai medium utk berkongsi maklumat ttg cendawan.. Banyak blog yg ak lawati, pengusaha mengalami kerugian apabila bongkah cendawan rosak diserang penyakit spt ( kulat oren, serangan hama dan laen-laen )... Untuk pengusaha baru spt ak, kena ambil perhatian sebab akan berlaku kepada ak nanti. Jadi, kumpulkan maklumat dan mengkaji ttg masalah yg dihadapi oleh pengusaha2 tersebut.Namun langkah yg terbaik adalah mencegah sebelum terjadi perkara tersebut...

Jadi, aspek kebersihan merupakan faktor utama yg perlu ditititikberatkan... Mencegah adalah lebih baik. Walaubagaimana pun, pengalaman merupakan aset terpenting. Jadi, kepada pengusaha2 baru seperti sy, rujuk laa kepada pengusaha2 yg telah lama dalam bidang ini... JGAN MALU BERTANYA... agar tidak rugi di kemudian hari...

Sekian utk hari nie!!

Sekadar Renungan :

“Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari”

Saturday, May 22, 2010

Perkembangan

Salam...

Semalam, saya berangkat pulang ke kg halaman.... Perjalanan dari Melaka ke Temerloh mengambil masa dalam 3 jam setengah.Huhu, penat memandu selama masih terasa lagi..

Petang tadi, saya melawat kembali tapak cadangan yg saya akan usahakan. Hampir separuh daripada kawasan tanah tersebut telah di bajak untuk tanaman pisang.. Sokey, wat permulaan, boleh laa digunakan sebahagian tanah tersebut dari terbiar...


Sebahagian lagi pulak, merupakan kawasan untuk pembinaan rumah cendawan...


Yang ni plak, tempat berehat untuk menghilangkan penat :P...



InsyaALLAH, semoga Allah memberkati usahaku ini...
Walau bagaimana pn, ak masih kena memahami tentang masalah dan penyakit dalam penanaman cendawan ni.. Ilmu tentang tuu, ak fikir tidak cukup lagi...

Sesiapa yg ingin membantu.. silakan k...

Sekian...

Monday, May 17, 2010

Habuk Kayu

Habuk kayu merupakan antara bahan yg terpenting dalam penanaman cendawan....
Pahang memang kaya ngan hasil balak.. so, x susah laa untuk mendapatkannya...

2 hari lepas, ayah menghubungi menyatakan dia telah mendapat bekalan habuk kayu dari kilang kayu berhampiran ngan kawasan tempat ak..
Alhamdullillah...

Tapi ak sedikit terkilan kerana x dapat membantu ayahku mengambil habuk kayu di kilang tersebut... banyak juga ayahku katakn... nasib baik ada adik lelaki ak yg membantu.. sementara menunggu kemasukan ke universiti, boleh laa die membantu projek ku ini.. terima kasih laa kerana adk ak nie sorang yg rajin n baik... huhuhu..

InsyaALLAH, minggu ni.. klu xde kekangan, ak akn blik ke kg halaman...
Nak membantu ape yg patut...

Sekian coretan untuk kali ni...


Thursday, May 13, 2010

Tapak Cadangan


Salam.....

Baru-baru nie... sy pulang ke kg halaman....
rindu tol... lame dah x balik kg...

Alhamdulillah... segala perancangan ku bermula dgn baik....
Sy x sempat nk membantu ayah... yerla.. pelajar tahun akhir...
byak sgt urusan yg perlu diselesaikan...

Balik kg, sy meninjau kawasan tapak cadangan yg telah ayah usahakan...
Alhamdulillah... dia amat memahami... kawasan tanah telah dipagar...
byak jgak kos nk memagar tanah tersebut..
tapi ayah kate '' angah, ayah yakin ngan angah.. usaha yg terbaik k ''

Terharu sy mendengar kata-kata ayah....
yerlaa... pelajar yg akan mempunyai ijazah kejuruteran...
tp nk menceburi bidang pertanian....

tp, ak yakin..... '' Pertanian Adalah Perniagaan ''.
yg penting usaha untuk berjaya...
bijak membuat perancangan... n menkaji kebaikan n keburukan sblum
memulakan sesuatu perkara.

ape mende ak tulis ni..
hehehee.... :P

kembali kepada tajuk asal.. ak nk tunjuk tapak cadangan yg telah dikenalpasti...






























































Sunday, May 9, 2010

Permulaan Langkah

Bismillah......

Untuk pertama kali ak ingin menulis ttg perancangan kehidupanku dalam bidang pertanian....
Semoga ak berjaya InsyaALLAH.